Sunday, January 17, 2021

Latihan Pra Menulis Bahagian 1

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,


Selepas murid berjaya melengkapkan Latihan Pra Akademik, murid-murid bersedia untuk mula belajar menulis.




Boleh dimuat turun di sini:
https://drive.google.com/file/d/1tfLUcwvXaKlgCHJ8EnlNVJF7c0GFOWPV/view?usp=sharing

Semoga bermanfaat!



Regards,
swawn


Sunday, February 24, 2019

BBM 3: Tikar warna

Assalamualaikum wbt., & selamat sejahtera,

Arahan penyediaan bahan:
1. Cetak setiap kad sebanyak 2 salinan.
2. Satu kad perlu dilaminate dan ditampal velco.
3. Satu kad lagi dilaminate dan potong setiap bentuk.


Arahan pelaksanaan:
1. Tugasan ini untuk menilai keupayaan murid untuk mendiskriminasi kad mengikut warna. Tugasan ini sesuai untuk murid PPKI keupayaan rendah.


2. Mulakan tugasan menggunakan tikara warna 1.


3. Berikan kad satu per satu kepada murid.


4. Sekiranya murid tidak dapat meletakkan kad pada warna yang tepat, berikan physical prompt iaitu menunjuk ke tempat kad yang perlu diletakkan.


5. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tikar warna 1 tanpa bantuan guru, latih murid agar boleh menyelesaikannya tanpa bantuan.


6. Sekiranya murid dapat menyelesaikan tikar warna 1 tanpa bantuan, teruskan tugasan tikar warna 2.


Link untuk download:
https://drive.google.com/file/d/1WPVnwAAuQs8SBw5HUSj432Z1EYXu4iuw/view?usp=sharing


Regards,
SWAWN

BBM 2: Memadan bentuk-bentuk asas.


BBM ini melibatkan file folder task; iaitu tugasan yang spesifik dalam satu fail.

Arahan penggunaan:

1. Cetak setiap helaian.
2. laminate setiap helaian agar bahan boleh digunakan berulang kali.
3. Potong gambar-gambar objek.
4. Gunakan velcro untuk melekatkan gambar pada kad gambar.


Panduan untuk guru:

1. BBM ini sesuai untuk mengajar murid-murid konsep bentuk asas.
2. Guru perkenalkan satu kad warna terlebih dahulu.
3. Guru tunjuk cara kepada murid untuk melekatkan gambar pada kad.
3. Guru berikan kepada gambar kepada murid untuk dilekatkan pada kad.

Link untuk muat turun:

https://drive.google.com/file/d/15aqx9X6xMZ4lTH-NX1AR_0Xf4RNl3IgK/view?usp=sharing


Regards,
SWAWN

Apa itu 'File Folder Activity' (FFA)

1. FFA  melibatkan penggunaan file; iaitu bahan yang digunakan dikategorikan dalam fail yang sama.

2. Bahan-bahan yang digunakan untuk FFA juga akan dilaminate untuk ketahanan dan ditampal velcro. Maka bahan-bahan FFA boleh digunakan berulang-ulang kali dan tidak mudah rosak.

3. FFA bertujuan untuk melatih murid melakukan tugasan yang diberikan tanpa bantuan dan mengajar sesuatu konsep dengan cara yang menyeronokkan.


Tuesday, February 19, 2019

BBM 1: Memadan gambar berdasarkan warna.


BBM ini melibatkan file folder task; iaitu tugasan yang spesifik dalam satu fail.

Arahan penggunaan:

1. Cetak setiap helaian.
2. laminate setiap helaian agar bahan boleh digunakan berulang kali.
3. Potong gambar-gambar objek.
4. Gunakan velcro untuk melekatkan gambar pada kad gambar.


Panduan untuk guru:

1. BBM ini sesuai untuk mengajar murid-murid konsep warna asas.
2. Guru perkenalkan satu kad warna terlebih dahulu.
3. Guru tunjuk cara kepada murid untuk melekatkan gambar pada kad.
3. Guru berikan kepada gambar kepada murid untuk dilekatkan pada kad.

Link untuk muat turun:

https://drive.google.com/open?id=1MlMVGOfOYrKy4WFlrQP6mNFhd7Pu8B0X

Ikhlas,
swawn

Pengenalan

Assalamualaikum wbt  & Salam Sejahtera,

Blog ini didedikasikan untuk perkongsian bahan pengajaran untuk murid-murid pendidikan khas aras rendah.

Bahan-bahan ini dibina berdasarkan pengalaman penulis dalam menjalankan intervensi/ intervensi awal kepada murid-murid dengan kefungsian rendah.


Bahan-bahan boleh digunakan dan disebarluaskan tanpa meminta kebenaran pemilik.

Kosep BBM yang dihasillkan oleh penulis blog ini adalah 'file folder activity (FFA)'.

Penerangan lanjut mengenai FFA akan dinyatakan di entri yang lain.



Regards,
SWAWN


Latihan Pra Menulis Bahagian 1

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera, Selepas murid berjaya melengkapkan Latihan Pra Akademik, murid-murid bersedia untuk mula belajar...